rekreasi.JPG (9985 bytes)

KOLEKSI PANTUN SENSANI
ITIK METAL  BERKAIN BATIK
JIN GLAMOR HIDUNGNYA KUDUNG
APA GUNA BERWAJAH CANTIK
KALAU PERANGAI EGO DAN SOMBONG
ANAK KAMBING SUKA MAIN
KAMBING MAIN KAT TEPI KOLAH
AWAK JUJUR KITER JOINT
AWAK TEMBERANG, BOLEH BLAHH..
BERUK MELOMPAT KAKI TERSEPIT
MONYET BERENANG SAMPAI TENGGELAM
TAK PAYAHLAH NAK PUTAR BELIT
KITER DAH TAHU AWAK TUH TALAM
ITIK GEMBO SUKA MELAWA
KETIAK GATAL TERGARUK-GARUK
DAPAT MEMBER SEMUANYA LAWA
TAPI SAYANG PERANGAI TERUK
AYAM MATI DISEPAK POWER RANGER
KUCING MENGURAT KENA SAMAN
PAK WE SEKARANG RAMAI YANG DANGER
BERHATI-HATILAH MEMILIH TEMAN
AWEK BRUTAL MAKAN JAJAN
PAK WE JIWANG DILANDA BADAI
APA GUNA JADI BOHSIA BOHJAN
KALAU MARUAH HABIS TERGADAI
HANTU KENTUT KELUAR SUDU
KEK BANTUT TAK CUKUP TELUR
ORANG SAYANG KITER PUN RINDU
ORANG DAH BENCI KITER BERUNDUR
JUMPER TOK BOMOH MINTAK TANGKAL
TERLEBIH MANCHO KENALAH COVER
AKU SUKA BEBUDAK NAKAL
TAPI BENCI KAT MINAH OVER
LEONARDO DICAPRIO JIWANG KARAT
DIN BERAMBOI BANYAK JERAWAT
KENAPA BEBUDAK SKANG SUKA MENGURAT
KAN BANYAK LAGI KIJER YANG BOLEH DIBUAT
GABAN SESAT KENA SERANG
MAMA MARAH SEBAB BERJEMUR
JANGAN GABRA DAPAT AWEK CURANG
CUBALAH TACKLE JANDA JIWANG
PERHATIAN:
PANTUN-PANTUN DI ATAS TELAH DIKLASIFIKASIKAN DALAM KATEGORI "S" IAITU SAJA SUKA-SUKA.  SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN, TAK KIRA AMATUR  ATAU PROFESIONAL, MUDA REMAJA, TUA BANGKA ATAU JANDA DAN DUDA SERTA KAWASAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA.   SEANDAINYA BERLAKU PERSAMAAN ITU HANYALAH SATU KEBETULAN SAHAJA DAN TIDAK MELIBATKAN SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAUPUN TELAH MENINGGAL DUNIA.

 

Heart1.gif (9917 bytes)
backclr.gif (6135 bytes)

 

tweety.gif (8574 bytes)
© AFIZANA@HOTMAIL.COM.
® ALL COPYRIGHTS RESERVED.
1998.