

REMAJA OH REMAJA....
REMAJA PERLU LEBIH PRIHATIN.
Sekuat manakah
ketahanan diri seorang remaja masa kini yang sedang menempuh bermacam godaan dunia ?
Apakah identiti kita sebagai hamba Allah ?.......Setelah mengetahui kehidupan yang
penuh pesona dan penipuan. Sebagai seorang hamba Allah, manusia haruslah menggunakan
akal dan fikiran yang dikurniakan untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke
lembah kemaksiatan.
Remaja
perlulah prihatin dan bertanggungjawab. Bukannya mengikut budaya barat, kegiatan
tidak bermoral dan membuang masa dengan melepak. Budaya ini dapat merosakkan akhlak
remaja yang menjadi harapan negara. Remaja seharusnya mempunyai kesedaran, dan
keyakinan untuk menempuh segala cabaran dan godaan dunia. Rugi serugi ruginya bagi
remaja yang gemar membuang masa dan alpa dengan keseronokan.
Kesan
daripada budaya yang menular pada masa sekarang, akibatnya remaja semakin liar dan sanggup
melakukan apa sahaja demi kepuasan. Apa yang lebih menyedihkan lagi pada masa kini
terdapat ramai remaja yang telah menghidapi penyakit AIDS akibat hubungan
seks secara rambang serta penyalahgunaan dadah dan perkongsian jarum
suntikan.
Dimanakah letaknya moral remaja. Daripada perkembangan mutakhir yang diwar-warkan melalui
media elektronik dan media cetak memperlihatkan bahawa remaja Islam lebih fanatik terhadap
budaya barat dan budaya negetif yang keterlaluan. Gejala bohsia, bohjan,
lepak, homoseks, lesbian, sumbang muhrim, buang anak dan pelbagai lagi antara
perbuatan yang dilarang. Sebagai remaja Islam mereka sepatutnya tahu mengenai hukum
bagi mengelakkan mereka melakukan perbuatan seperti itu.
Cubalah kita renungkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap remaja kini.
Sewajarnya, menjadi tanggungjawab remaja untuk mengubah pandangan negetif ini.
Jangan biarkan masyarakat memandang rendah dan menganggap remaja tiada harga diri.
Remaja adalah tonggak negara dan mencapai wawasan gemilang pada tahun 2020.
Perjuangan remaja belum selesai dan kita adalah harapan negara.
Jiwa yang halus mudah sengsara apabila
terluka. Oleh itu janganlah melukakan hati insan yang selembut sutera.
Perasaan yang dapat dikawal akan memperlihatkan
seseorang itu ceria, tapi perasaan yang tak dapat dikawal akan menyeksakan diri sendiri.
Insan yang lemah sentiasa dilanda masalah dan
sukar untuk mengatasi masalah tersebut.
Dalam keadaan yang tertekan seseorang insan tidak
dapat mengawal perasaan dan dia akan menangis.
Hati yang sayu mudah menitiskan air mata.
Dan tangisan itu sukar dihentikan selagi tiada kepuasan.
Kesedihan dapat menambahkan lagi kepiluan hati
apabila dia disisihkan oleh kawan sejati.
Keikhlasan dan kajujuran akan mengeratkan lagi
sesuatu perhubungan.
Adakalanya kemarahan boleh membuatkan seseorang
itu kecewa dan menjadi tidak tentu hala.
Jangan kamu terlalu memandang rendah dan hina pada
diri seseorang kerana Allah berkuasa mengubah hati kita. Dan jangan menyangka diri
kita sahaja yang lebih baik dan mulia dari orang lain kerana akan wujud sifat riak dan
sombong sesama insan.
Ramai insan yang sedar bahawa setiap perbuatan
yang mereka lakukan akan mendapat balasannya. Tetapi apalah gunanya kesedaran jika
tidak disedari dengan amalan dan penghayatan.
Bila kamu dapat menguasai nafsu kamu, ia akan
tunduk pada dirimu dan boleh dididik ke arak kebaikan tetapi jika dirimu dikuasai oleh
nafsu, dirimu akan diperalatkan dan mudah dipesongkan ke arah kejahatan
Setiap kesalahan yang anda lakukan seharusnya
diiringi dengan kekesalan dan kesedaran agar kamu tidak digolongkan dalam orang yang
beroleh kerugian.
Kita seringkali mengeluarkan keluhan andainya apa
yang dihajati tidak berhasil tetapi sedarilah seharusnya kita bersyukur dan ingatlah
bahawa tidak semua insan itu berjaya mendapat apa yang mereka hajati.